Kenapa golongan Middle Class atau M40 lebih memerlukan insurans dan takaful berbanding yang lain? 3 sebab ini anda perlu tahu!
Jom kita start!
Apakah itu Middle Class? Siapakah golongan M40? Kita ni termasuk dalam golongan M40 ke? Penting ke kena tahu kepentingan insurans bagi golongan ni?
Golongan middle class, atau lebih dikenali sebagai M40 di Malaysia merupakan golongan rakyat yang berpendapatan antara RM2,500 sehingga RM11,000 mengikut The Edge Market (plus minues je!). Golongan ni merupakan consumer spender terbesar dalam negara! Mereka juga merupakan workforce terbesar dalam masyarakat.
Majoriti golongan M40 merupakan seseorang yang mempunyai pekerjaan tetap dengan sumber pendapatan bulanan melalui skim gaji. Iya! Anda mungkin golongan M40 yang dimaksudkan tu.
Seperti yang disebut tadi, M40 merupakan pengguna paling besar. Mereka berbelanja mengikut keperluan dan leisure mereka untuk diri sendiri mahupun keluarga. Sesekali mereka akan melancong bersama family dan membeli barang baharu mengikut goals dan simpanan semasa mereka. Kebanyakan keluarga dari golongan ini boleh dikatakan mempunyai work-life balance dek kerana majoritinya terdiri daripada kerja tetap dan gaji bulanan.
Bagaimana golongan M40 ini wujud adalah dengan bermulanya industri revolis pada akhir abad ke-19. Pada masa itu, majoriti manusia bekerja untuk menyara diri sendiri di ladang dan kebun-kebun. Apabila industialisasi berlaku, permintaan pekerja semakin meningkat. Para pemain industri mula masuk ke kampung-kampung untuk mendapatkan pekerja yang dengan membawa mesej "apa kata anda kerja dengan kami 8 jam sehari dan mempunyai rehat 2 hari seminggu untuk menampung hidup kamu sebulan". Maka, lahirlah golongan kelas pertengahan.
Sejarah dia panjang lagi... Nanti ada masa saya bercerita lagi.
Oleh kerana golongan M40 ini bergantung harap pada pendapatan yang diperoleh dari pekerjaan, mereka terdedah pada risiko-risiko muflis akibat musibah di tempat kerja atau pun tidak. Dalam sebarang kejadian yang menyebabkan mereka ini lumpuh, sakit ataupun mati, seseorang tersebut akan kehilangan pendapatan dan keluarga mereka akan terjejas.
Ramai beranggapan bahawa gaji yang mereka terima, jika disimpan sebahagian dalam bank, mampu untuk menanggung hidup mereka. Yelah, Malaysia pun ada PERKESO dan KWSP kan. Nak risau apa?
Tanggapan sebeginilah yang mengakibatkan kita melihat berita-berita semasa di mana ada yang menagih simpati demi sesuap nasi dan membayar rawatan mereka di media sosial. Ramai tidak sedar bahawa PERKESO melindungi kita daripada sebarang kejadian di tempat kerja dari pergi sampai balik dan KWSP merupakan simpanan semasa hari pencen. Jumlah tidak akan pernah mencukupi jika kita mempunyai komitmen yang tinggi.
Golongan M40 secara dasarkan akan mempunyai keluarga berempat dengan sebuah rumah, sebuah kereta dan paling kurang dua kad kredit. Hutang-hutang ini dikira sebagai komitmen dan dibayar setiap awal dan hujung bulan. Dalam sesetengah kes, debt to income ratio boleh mencecah 60 peratus dari jumlah total pendapatan. Jangan terkejut untuk tahu bahawa golongan M40 merupakan golongan paling ramai muflis di Malaysia! Pheww.
Kebanyakan daripada mereka juga tidak mempunyai insurans. Jika ada pun, jumlah perlindungan yang dimiliki tidak mencukupi untuk menanggung jumlah komitmen dan liabiliti yang dimiliki. Majoriti golongan M40 suka meletakkan nasib mereka bagaikan telur di hujung tanduk! Oleh yang demikian, megapakah golongan M40 ini penting untuk memiliki insurans yang mampan?
Golongan Berpendapatan Tetap
Majoriti golongan M40 adalah insan yang mempunyai pekerjaan tetap. Gaji setiap hujung bulan dan bonus pada akhir tahun ataupun semasa musim perayaan. Jumlah gaji yang diterima pula stagnant pada sesuatu tempoh sehingga majikan korang tiba-tiba nak naikkan gaji korang. Ini menunjukkan anda bergantung harap pada pendapatan bulanan untuk menampung hidup bulanan anda.
Cuba bayangkan secara tiba-tiba anda jatuh sakit dan disahkan oleh pakar perubatan anda mempunyai penyakit serta disarankan untuk tidak bekerja, apa yang akan terjadi dengan pendapatan anda? Pampasan? Itu bergantung. Kalau ada syarikat yang tak bagi, nak fight dalam court? Mampu ke kudrat dan iradat masa sakit-sakit nak fight untuk pampasan?
KWSP? SOCSO? Takkan diorang tak bantu pula? Well, seperti yang dibincangkan sebelum ini, KWSP lebih kepada tabung simpanan untuk hari tua manakala SOCSO merupakan pelan insurans kemalangan jika anda mengalami musibah kemalangan dari mula ke pejabat sehingga balik ke rumah dari tempat pekerjaan anda. Kanser ke apa tu belum tentu ia tanggung! Insurans dan takaful lah yang akan membantu!
Komitmen Tinggi
Siapa suka bayar hutang? Siapa suka bayar cukai? Siapa suka bayar bayar bayar? Tiada sesiapa! Tetapi itulah kehidupan bila dah tua. Bak kata orang putih adulting is hard. Banyak komitmen kena settle. Dengan gaji tak seberapa, maka komitmen menjadi penghalang kepada impian kita.
Terdapat kes di mana seseorang itu menhabiskan 60 peratus dari jumlah gaji yang diterimanya untuk membayar segala komimen beliau. Hutang kereta, hutang motor, hutang rumah, belanja makan keluarga, belanja sekolah anak-anak, yuran sekolah, yuran tuisyen, belanja mak ayah, bil elektrik, bil air, bil astro, road tax, insurans kereta, duit kutu dan lain-lain lagi. Banyak! Tetapi bayangkan jika anda sebagai ketua keluarga meniggal dunia, apa yang akan terjadi kepada waris?
"Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meniggalkan _____"
Ingat pada anak-anak anda dan waris anda! Jangan fikir duit simpanan anda mencukupi. Sentiada fikirkan yang terbaik demi mereka. Jangan kita tinggalkan mereka dengan kesusahan sedangkan kita di alam sana kesenangan.
Safety Net Keluarga dan Negara
Macam berperang kan kan kan? Tetapi jika anda mempunyai insurans dan takaful untuk diri anda, secara tidak langsung, anda akan hidup dengan mudah. Tiada yang akan jadi homeless akibat muflis kerana musibah penyakit dan kemalangan. Secara tidak langusng, negara akan stabil kerana rakyat mempunyai safety net untuk survive. Negara boleh menjimatkan kos perubatan dan pemulihan gelandangan dan menyalurkan dana tersebut kepada pembangunan ekonomi negara.
Ini dipanggil dynamo effect yang mana kesan pada satu pihak akan mengakibatkan kesan yang lebih besar kepada pihak yang lain. Bak kata pepatah Melayu, cubit peha kiri, peha kanan yang terasa. Malah ingin disebutkan kembali bahawa golongan M40 merupakan golongan 40 peratus penduduk di Malaysia. Bayangkan satu hari nanti ramai sakit dari golongan ini dan tiada insurans? Institusi keluarga akan musnah dan pembangunan pelapis negara akan hancur.
Sebagai konklusi, kita sebagai manusia kena bijak dalam menguruskan kewangan diri kita sendiri. Mencipta 1 juta ringgit bagi tujuan kecemasan dengan pelaburan 10 peratus dari gaji bulanan adalah lebih baik dari menyimpan 10 peratus setiap bulan selama 30 tahun untuk digunakan bagi tempoh yang singkat. Penat lelah, jerih keringat mengumpul duit simpanan seeloknya digunakan untuk kemaslahatan keluarga dan diri sendiri. Biar pihak insurans dan takaful yang uruskan musibah kewangan anda. Akhir sekali, dapatkan takaful untuk diri anda dan keluarga dengan mengambil Income Replacement Plan sebagai pelan yang terbaik untuk anda!
Apa itu Income Replacement Plan? Nantikan di artikel akan datang!



Comments
Post a Comment